BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, August 27, 2009

Fadhilat Bulan Ramadhan

Yang Tersirat Di Sebalik Ramadhan dan Puasa
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis, puasa Ramadhan mempunyai banyak kelebihan, hikmat atau fadhilat. Antaranya ialah:

  • Pintu neraka ditutup: Apabila seseorang itu benar-benar berpuasa, zahir dan batin serta puasanya itu menyekat dirinya daripada melakukan maksiat dan kejahatan.
  • Pintu syurga dibuka: Peluang yang besar bagi seseorang melakukan amalan kebajikan yang boleh membawa kejayaan akhirat, menambah ketaqwaan kepada Allah dan setiap amalan kebajikan diberi ganjaran yang banyak.
  • Syaitan dikurung: Apabila seseorang berpuasa, syaitan dan iblis tidak mempunyai peluang untuk menggoda dan menghasut manusia melalui hawa nafsu kerana puasa merupakan perisai yang dapat menangkis sebarang hasutan dari syaitan.
  • Malam Lailatulqadar: Salah satu kelebihan yang Allah berikan untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatulqadar. Ini bererti sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah.

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga bulan penuh keberkatan ini dapat memberi ketenangan buat kita semua..

Buat renungan semua :

  • Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
  • Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
  • Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Definisi & Matlamat Penubuhan Telecenter

Apa itu Telecenter?

  • Telecenter merupakan tempat awam di mana masyarakat boleh mengakses komputer, internet & kemudahan teknologi digital yang lain seperti masyarakat boleh mendapatkan informasi-informasi yang mereka kehendaki, merangka, belajar & berkomunikasi dengan yang lain serta membina kemahiran digital khususnya mengenai komputer.

Matlamat Penubuhan Telecenter :

  1. Menjelaskan peranan telecenter di dalam konteks rangka strategik bagi merapatkan jurang digital.
  2. Berkongsi pengalaman & pengetahuan di dalam aspek pembelajaran ICT di kalangan masyarakat desa.
  3. Mencadangkan peranan yang harus dimainkan oleh pengurus telecenter di dalam membimbing pembelajaran ICT di kalangan masyarakat desa.
  4. Memberikan kaedah pengendalian modul-modul utama latihan ICT & sumber-sumber yang bersesuaian.

Monday, August 17, 2009

Pusat Telecenter Bachang Darat, Melaka..

Selamat datang..



Pusat Telecenter kini akan mula beroperasi di kawasan anda..Program ini di bawah kelolaan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).



Penubuhan telecenter ini selaras dengan matlamat kerajaan Negeri Melaka untuk melahirkan rakyat yang celik IT serta mencapai taraf Melaka maju menjelang tahun 2010.



Telecenter ini terbuka kepada penduduk di sekitar Bachang, Melaka dan penduduk-penduduk berdekatan dengan pusat telecenter ini.



Kedatangan anda ke telecenter ini adalah amat di alu-alukan.



Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi Pengurus Telecenter Bachang Darat, Cik Nuzul Azmirah bt. Mahazir (Mira) di talian : 0126100201



Bersama-sama kita melahirkan masyarakat yang progresif serta celik IT!