BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Buat semua pengurus2 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..
Tangan di hulur, maaf di pinta andai ada terkasar bahasa tersilap kata..
Semoga hari raya yg bakal menjelma beberapa hr lg ni akan membawa seribu kebahagian buat anda sekeluarga..

Selamat berjuang lepas raya ni k!

Wednesday, September 16, 2009

Pusat Komuniti Telecentre Bachang Darat

Berita baik bagi pengguna Pusat Komuniti Telecentre Bachang Darat (PKTBD).Kini PKTBD menawarkan pembelajaran komputer secara percuma serta diskaun bagi perkhidmatan2 yang ditawarkan di PKTBD.
Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Pusat Komuniti Telecentre (PKT) dengan yuran serendah RM10.00 bagi orang dewasa dan RM5.00 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah bagi tempoh selama setahun.

Pendaftaran ahli kini dibuka.Bagi sesiapa yang berminat untuk mendaftar, sila hadirkan diri ke
Balai Raya Bachang Darat, Lorong Hj. Baba, Pasir Puteh, Melaka pada masa dan hari seperti dibawah :

Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Rebutlah peluang yang ditawarkan bagi menikmati pelbagai kelebihan menjadi ahli PKT.

Tuesday, September 8, 2009

Meeting bersama MICTH

Pada hr Khamis ni, Micth akn mgadakan pembentangan promosi utk semua telecenter2..Program ni akn di jalankn pada tarikh dan masa seperti berikut :

Tarikh : 10 September 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 a.m - 12.00 p.m
Tempat : Tingkat 4,
Makmal ICT Bangunan K-Ekonomi

Di harap semua pengurus dapat hadir bg mdengar sessi pembentangan promosi oleh pihak MICTH utk telecenter2 anda..Jmpa di sana..


Monday, September 7, 2009

Pelantikan Jawatan Pengurus Telecenter

7 September 2009 merupakan detik bsejarah bg semua pengurus telecenter kerana menerima perlantikan jwtn sbg pengurus daripada Ketua Menteri Melaka, Y.A.B Datuk Hj Mohd Ali bin Rustam..Seawal jam 7.30 pg kami di minta bkumpul di hdpan blok bendahari dan beratur mgikut turutan nama.Di mulakan dgn nyanyian lagu negaraku, Melaka maju jaya dan bacaan rukun negara.Majlis berakhir pd kira2 pkl 10.30 pg..Dgn penyerahan fail meja tsebut bmakna bmula la tugas2 pengurus utk myediakan report kpd ketua jbtn..Pd semua pengurus2 telecenter, selamat mjalankan tugas..Good Luck to all of you!

Bersama2 kita merapatkn jurang digital antara msykt bandar dan msykt luar bandar..

Tuesday, September 1, 2009

Hari Yang Penuh Dugaan

Hari ini merupakan hari yang penuh dugaan buat sy..Hari 'pembentangan' tikar getah kat tc..haha.Memang susah sebab semuanya sy kena buat sdri,angkat meja pc,mop lantai..memang penat.Tapi sy gagahkan diri buat semua tu seorang diri sampai selesai.Bila dah selesai semua kerja rasa lega sangat sebab apa yang sy usahakan tu berjaya tanpa bantuan sesiapa.

Harap2 dengan perubahan yang baru ini akan memberi keceriaan pada tc Bachang Darat.Walaupun masih ada sebahagian peralatan belum dapat disediakan,namun sy berharap tc Bachang Darat akan tetap ceria..

Kunjungan Pertama

Hari jumaat yang lalu tc Bachang Darat menerima kunjungan pertama daripada pengunjung..Walaupun jumlah pengunjung yang datang cuma beberapa orang je tapi sy rasa xcited..Maklum la,dengan keadaan tc yang masih dalam proses ubah suai dan tanpa signboard serta iklan pastinya orang2 kampung tidak tahu kewujudan telecenter ni.
Harap2 selepas pelancaran nanti makin bertambah la pengunjung ke tc ni. Walaupun keadaan tc ni tidak sebesar tc2 yg lain,sy harap tc ni dapat memberi manfaat kepada penduduk2 Bachang dan kawasan2 sekitar kerana kemudahan cc tidak terdapat di kampung ini..

Bersama2 melahirkan masyarakat yang celik IT dan progresif!