BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 16, 2009

Pusat Komuniti Telecentre Bachang Darat

Berita baik bagi pengguna Pusat Komuniti Telecentre Bachang Darat (PKTBD).Kini PKTBD menawarkan pembelajaran komputer secara percuma serta diskaun bagi perkhidmatan2 yang ditawarkan di PKTBD.
Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Pusat Komuniti Telecentre (PKT) dengan yuran serendah RM10.00 bagi orang dewasa dan RM5.00 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah bagi tempoh selama setahun.

Pendaftaran ahli kini dibuka.Bagi sesiapa yang berminat untuk mendaftar, sila hadirkan diri ke
Balai Raya Bachang Darat, Lorong Hj. Baba, Pasir Puteh, Melaka pada masa dan hari seperti dibawah :

Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Rebutlah peluang yang ditawarkan bagi menikmati pelbagai kelebihan menjadi ahli PKT.

0 comments: