BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 5, 2010

Fenomena Perniagaan Secara Online

DUA PULUH atau 15 tahun lalu apabila kita berbicara tentang persepsi manusia tentang kewibawaan dunia maya, ramai yg memberikan respons yg skeptikal atau kurang yakin dgn keupayaan atau perubahan yang boleh dilakukannya. Apatah lagi untuk urusan berniaga, jual beli dan transaksi kewangan~tahap keselamatannya menjadi persoalan utama bagi setiap individu di era itu.

Persepsi tsebut barangkali telah lenyap sama sekali. Sejak beberapa tahun lalu, perniagaan di Internet telah melalui banyak fasa terutama dari aspek keselamatan yg akhirnya membuatkan ramai makin yakin dgn perniagaan dlm talian (online).

Malah ironinya, perniagaan cara tersebut kini semakin menjadi pilihan apabila lebih ramai individu terutama suri rumah, lepasan universiti, bahkan penganggur mula memikirkan cara terbaik utk menjana pendapatan mereka menerusi Internet.

Perniagaan secara online kini dpt memberi ruang pd masyarakt luar bandar khususnya suri rumah utk menjana pendapatan bagi menampung kperluan keluarga mereka. Malah bg mereka yg tidak mempunyai masa utk membeli belah kini internet dpt mghubungkan anda dgn dunia luar dgn membeli belah secara online melalui laman web pilihan.

Melalui internet kini masyarakat dpt mempromosikan brgan atau produk syrkt mereka dgn memaparkannya di laman web. Sebagai contoh brgan kraftangan, kuih muih, baju dan lain-lain. Anda hanya perlu memaparkan penerangan perkhidmatan yg anda twrkn atau produk keluaran sykt anda serta cara utk pelanggan menghubungi anda.Mudah bukan??

Era teknologi kini tidak membataskan anda utk mebarkan lagi sayap perniagaan anda. Selain itu dpt memupuk keyakinan kendiri utk suri rumah, menambah ilmu pengetahuan & meningkatkan produktiviti biarpun tanpa perlu keluar rumah. Dgn ini secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup mereka.

Antara kelebihan berniaga secara online ialah modal permulaan yg rendah kerana tidak perlu menyewa kedai sebaliknya boleh dilakukan di rumah saja malah perniagaan online dpt mjimatkn msa anda. Kini segalanya bermula pada hujung jari anda saja. Teknologi terkini berupaya utk meningkatkan taraf hidup anda serta dpt melebarkan sayap perniagaan anda sehingga ke luar negara. Secara tidak lgsg dpt mempromosikn produk keluaran M'sia serta negara kita sdri..