- Use anti-virus software and keep it current. Installing an anti-virus program can keep viruses and other nasty programs out of your computer. Trojans allow hackers to take control of your computer and send spam and other harmful programs. Should you get one, a good anti-virus program knows how to quarantine and delete it without letting it cause damage.
- Activate a firewall. Many people use software or hardware firewalls to prevent hackers from gaining access to their files through ports or other points of entry. Windows comes with a firewall, which you can find out how to set up by going to the control panel and clicking on "Windows Firewall."
- Keep track of system events. Check your system log often to find out what your computer is doing. If you're getting notices about any programs you don't remember starting or installing, then be alert. Watch out for any Warning types and TCP/IP messages.
- Make sure your operating system is up to date. Windows updates are crucial to protecting your computer from recently discovered security holes. Updating stops hackers from exploiting these vulnerabilities.
- Install patches when they arrive. When hackers discover a new way to enter your computer, its usually through a common program such as Adobe Acrobat. Stop hackers by installing security fixes and patches when they become available, as many of these are developed to fix security issues.
Friday, February 18, 2011
How to Stop Hackers
Posted by TELECENTER BACHANG DARAT, MELAKA at 11:14 AM 0 comments
Monday, August 23, 2010
Panduan Penggunaan Internet Secara Selamat
INTERNET atau rangkaian komputer awam merupakan satu tempat yang sangat popular digunakan untuk mencari sebarang maklumat atau melakukan pelbagai transaksi dan aktiviti seharian seperti jual beli, perbankan, permohonan, semakan dan pelbagai lagi.
Teknologi Internet ini dibina dengan kaedah protokol rangkaian TCP/IP secara eksperimental oleh beberapa universiti dan agensi kerajaan di Amerika. Tujuannya adalah untuk merangkaikan komputer secara fleksibel dan mudah tanpa mengambil kira aspek keselamatan bagi kaedah tersebut. Dengan itu, Internet merupakan satu alat yang sangat popular, mudah dan murah digunakan untuk membuat aktiviti-aktiviti tertentu. Namun begitu, dari segi keselamatannya ia agak longgar dan tidak terjamin kecuali pengaksesan Internet itu dibuat dengan cara-cara tertentu untuk tujuan keselamatan.
Secara umumnya, tidak mengira apa jenis aplikasi yang dipakai menerusi Internet, data dan transaksinya perlulah dienkripsikan kerana berkemungkinan besar. Data-data yang diakses menerusi Internet ini boleh dicapai dengan mudah sebelum ia sampai ke destinasinya. Jadi, sekiranya ia dapat dicapai, data-data yang dienkripsikan tadi adalah dalam bentuk yang tidak bermakna. Penceroboh perlu melakukan pecah masuk ke dalam sistem enkripsi data itu terlebih dahulu untuk dia mengetahui apa yang terkandung dalam data-data atau paket-paket tersebut. Sekiranya data-data atau paket-paket tersebut tidak dienkripsi, segala kandungan dan maklumat yang diperolehi oleh penceroboh tersebut adalah dalam bentuk yang nyata dan jelas.
Isu keselamatan dalam capaian Internet boleh ditangani dengan tiga faktor iaitu polisi atau undang-undang, pendidikan dan perimeter atau teknikal.
Kompromi akaun perbankan Internet Pengguna Servis komunikasi dan log in dalam Internet yang menggunakan protokol HTTP untuk melayari web, protokol POP3/SMTP dan IMAP untuk e-mel, protokol TELNET untuk capaian sistem komputer daripada komputer lain dan protokol FTP untuk pemindahan fail tidak dienkrip. Ini bermakna data atau paket yang dihantar dan diterima adalah dalam bentuk teks yang nyata atau clear text.
Jadi, untuk melayari atau masuk atau log in ke dalam laman web yang sensitif terutamanya yang melibatkan transaksi wang, pastikan laman web tersebut menggunakan protokol HTTPS/SSL. Protokol Secure Socket Layer atau SSL ini akan enkrip data yang terlibat dengan tanda-tanda seperti berikut:-
- Alamat URL web tersebut akan dimulai dengan https:// dan tidak http://.
- Pelayar web pula akan melihatkan ikon kunci mangga atau ruang alamat web akan berwarna hijau atau tanda-tanda yang lain.
Penggunaan aplikasi capaian e-mel atau client seperti Outlook dan Thunderbird yang menggunakan protokol-protokol e-mel yang tidak selamat perlu ditambah baik dengan menyertakan sekali dengan protokol keselamatan SSL yang akan mengenkrip sambungan e-mel tersebut. Namun begitu, penggunaan protokol enkrip ini perlu disokong atau dibenargunakan oleh konfigurasi pada komputer pelayan e-mel tersebut.
Sekiranya begitu, keadaannya dan sistem e-mel itu menyokong akses menerusi web, capaian e-mel boleh dibuat menerusi web dengan menggunakan protokol keselamatan HTTPS/SSL.
Bagi kemasukan ke dalam sistem komputer secara jarak jauh daripada komputer lain menerusi Internet, elakkan penggunaan aplikasi yang menggunakan protokol TELNET. Gunakan aplikasi untuk kemudahan ini yang berupaya menggunakan protokol keselamatan SSH atau Secure Shell.
Pemindahan fail menerusi Internet seperti muat turun dan muat naik sesebuah fail adalah mudah menggunakan aplikasi FTP tetapi ia tidak selamat kerana data atau fail tersebut tidak dienkrip. Penyelesaiannya, gunalah aplikasi pemindahan fail menerusi Internet ini yang menyokong protokol keselamatan seperti protokol SSH, SSL with FTP atau SFTP dan SCP.Namun begitu, penggunaan protokol keselamatan dalam aplikasi pemindahan fail ini perlu disokong oleh komputer pelanggan dan komputer pelayan. Kemudahan capaian teknologi Internet memberi banyak manfaat kepada manusia untuk menjalankan aktiviti seharian. Namun begitu, secara lalainya atau default ia tidak selamat kerana sejarah pembinaannya adalah untuk kemudahan sambungan di antara komputer-komputer tanpa memikirkan isu keselamatan.
Penggunaan apa sahaja aplikasi Internet secara selamat memerlukan penggunaan protokol-protokol keselamatan seperti SSL, SSH, IPSec dan lain-lain. Ini kerana, protokol-protokol keselamatan ini akan enkrip data-data, paket-paket dan sambungan daripada komputer anda ke komputer lain menerusi sambungan rangkaian awam ini atau Internet.
Teknologi Internet generasi baru yang menggunakan protokol IPv6, meletakkan protokol keselamatan di dalamnya sebagai sesuatu keutamaan dalam capaiannya.
Sumber diperolehi daripada : Utusan Malaysia
Posted by TELECENTER BACHANG DARAT, MELAKA at 3:18 PM 0 comments
Thursday, May 13, 2010
MSC M'sia Creative Industry Dialogue & Workshop
Posted by TELECENTER BACHANG DARAT, MELAKA at 4:10 PM 0 comments
Monday, March 22, 2010
Penipuan Pembelian Secara Online Meningkat
Membeli-belah secara online bukanlah perkara baru bagi pengguna pada era ini kerana laman web jual beli seperti eBay, Lelong dan Mudah seakan-akan sudah sinonim dengan ramai pengguna Internet di negara ini.
Ia turut dikaitkan dengan kehidupan sosial masyarakat, apatah lagi dengan wujudnya laman sosial seperti Facebook, MySpace dan Friendster yang menjadi antara penyumbang wujudnya pelbagai gejala sosial di Internet. Malah, penipuan itu turut berakhir di luar yang menyaksikan ramai wanita terjerat dengan pelbagai jenis penipuan.
Aspek keselamatan online bukanlah perkara baru yang perlu diperkatakan kerana media massa banyak melaporkan kegoyahan keselamatan yang mengancam hak peribadi orang ramai. Buktinya, 1,191 kes penipuan membabitkan wang berjumlah RM1 juta dipindahkan melalui perbankan Internet dalam tempoh enam bulan pertama 2009.
Pusat Keselamatan Siber Malaysia pula mengandaikan penipuan melalui Internet dijangka terus meningkat berdasarkan kepada statistik semasa yang menunjukkan berlakunya peningkatan dari setahun ke setahun.
Antara gejala paling popular adalah 'phishing' yang mencuri butir peribadi pengguna termasuk nama log masuk dan kata laluan.Penipuan sindiket Nigeria, penipuan loteri, pelaburan Internet dan skim piramid yang menyebabkan pengguna mengalami kerugian berikutan maklumat peribadi yang terdedah kepada penjenayah siber.
Usaha dan penilaian perlu dilakukan berterusan bagi memantau keselamatan pengguna perbankan Internet seperti menyekat terus alamat e-mel palsu yang menggunakan nama bank, sistem keselamatan tandatangan digital di laman web perlu ditingkatkan lagi dari segi penggunaan kod PIN dan soalan untuk 'hint' kata laluan seperti "Apakah nama ibu anda?, "Apakah makanan kegemaran anda?" atau "Apakah rancangan TV kegemaran anda?". Ia dianggap antara soalan lazim dan mudah diteka. Oleh itu, perlunya perubahan yang lebih bersifat pemikiran yang kritis.
**Sumber diperolehi daripada Harian Metro 22/03/2010
P/S :
1)Bagi pengguna yang membeli-belah menerusi online,pastikan semua data-data peribadi anda tidak didedahkan kepada pihak lain & pastikan syarikat atau individu yang menjual barangan tersebut wujud dan sah di sisi undang2..
2) Bagi pengguna perbankan online, pastikan anda tidak mdedahkan no pin serta no akaun kepada individu lain.Pastikan juga e-mel yang anda terima adalah daripada pihak bank yang sah.Sebarang keraguan anda perlu menghubungi pihak bank terlebih dahulu sebelum menyatakan sebarang persetujuan pembelian atau pindahan wang
Posted by TELECENTER BACHANG DARAT, MELAKA at 11:54 AM 0 comments
Friday, February 5, 2010
Fenomena Perniagaan Secara Online
DUA PULUH atau 15 tahun lalu apabila kita berbicara tentang persepsi manusia tentang kewibawaan dunia maya, ramai yg memberikan respons yg skeptikal atau kurang yakin dgn keupayaan atau perubahan yang boleh dilakukannya. Apatah lagi untuk urusan berniaga, jual beli dan transaksi kewangan~tahap keselamatannya menjadi persoalan utama bagi setiap individu di era itu. Persepsi tsebut barangkali telah lenyap sama sekali. Sejak beberapa tahun lalu, perniagaan di Internet telah melalui banyak fasa terutama dari aspek keselamatan yg akhirnya membuatkan ramai makin yakin dgn perniagaan dlm talian (online). Malah ironinya, perniagaan cara tersebut kini semakin menjadi pilihan apabila lebih ramai individu terutama suri rumah, lepasan universiti, bahkan penganggur mula memikirkan cara terbaik utk menjana pendapatan mereka menerusi Internet. Perniagaan secara online kini dpt memberi ruang pd masyarakt luar bandar khususnya suri rumah utk menjana pendapatan bagi menampung kperluan keluarga mereka. Malah bg mereka yg tidak mempunyai masa utk membeli belah kini internet dpt mghubungkan anda dgn dunia luar dgn membeli belah secara online melalui laman web pilihan. Melalui internet kini masyarakat dpt mempromosikan brgan atau produk syrkt mereka dgn memaparkannya di laman web. Sebagai contoh brgan kraftangan, kuih muih, baju dan lain-lain. Anda hanya perlu memaparkan penerangan perkhidmatan yg anda twrkn atau produk keluaran sykt anda serta cara utk pelanggan menghubungi anda.Mudah bukan?? Era teknologi kini tidak membataskan anda utk mebarkan lagi sayap perniagaan anda. Selain itu dpt memupuk keyakinan kendiri utk suri rumah, menambah ilmu pengetahuan & meningkatkan produktiviti biarpun tanpa perlu keluar rumah. Dgn ini secara tidak langsung meningkatkan taraf hidup mereka. Antara kelebihan berniaga secara online ialah modal permulaan yg rendah kerana tidak perlu menyewa kedai sebaliknya boleh dilakukan di rumah saja malah perniagaan online dpt mjimatkn msa anda. Kini segalanya bermula pada hujung jari anda saja. Teknologi terkini berupaya utk meningkatkan taraf hidup anda serta dpt melebarkan sayap perniagaan anda sehingga ke luar negara. Secara tidak lgsg dpt mempromosikn produk keluaran M'sia serta negara kita sdri..
Posted by TELECENTER BACHANG DARAT, MELAKA at 11:11 AM 0 comments
Monday, January 25, 2010
Tips Bagaimana Cara Mempelajari & Menguasai Komputer
Utk mempelajari & menguasai komputer dgn mudah, anda boleh mengikuti langkah2 spt berikut :
- Reading & Listening
- Doing
- Writing
Posted by TELECENTER BACHANG DARAT, MELAKA at 11:14 AM 0 comments
Wednesday, January 20, 2010
Keselamatan Siber Rumah
Pgantungan thdp teknologi komunikasi & mklmt (ICT) khususnya Internet di klgn msykt kini x dpt di sangkal lg. Msykt kini memenuhi aktiviti seharian mrk dgn mbabitkan pengguaan ICT & Internet.Bermula dari memuat turun muzik dan permainan komputer, pembelian buku atau majalah, mencari rakan baru, bmain permainan interaktif dan belajar, semuanya dilakukan dalam talian. Namun dengan bkembangnya dunia ICT & Internet, pengguna bdepan dgn risiko ancaman siber.
- Pastikn kata laluan yg digunakn adalah alphanumeric ialah gabungn no & abjad.Kata laluan hendaklah dihafal & x ditulis di mana-mana. Kata laluan ini hendaklah ditukar sekurang-kurangnya 6 bln sekali.
- Bhati-hati dlm mberi mklmt peribadi di dlm laman web, emel, sistem pemesejan segera, bilik bual atau papan mesej.
- Mmerhatikn tnda2 kcurian identiti spt bil yg hilang atau lmbt smpi, mnerima kad kredit yg x dipohon, di tolak krdt atau dihubungi oleh pemungut hutang atau pihak2 bkenaan pbelian yg x dibuat.
- Jgn mbuka emel, fail atau pautan laman web drp pihak yg x dikenali atau dicurigai isi kandungannya.
- Jgn berikn respons kpd emel yg mminta mklmt peribadi, mklmt daftr msk atau pgesahn tkr kata laluan.
- Menggunakan antivirus, anti-spyware & program firewall yg disokong dgn baik pembekalnya. pastikn program yg digunakn adalah tkini & dikemaskini dr ms ke smasa.
- Bg pgguna yg memiliki a/c perbankan dlm talian, anda disarankn memeriksa a/c bank dgn kerap utk memastikn tiada pgeluaran palsu dijlnkn.
- Smasa mlawat laman web perbankan dlm talian , periksa sama ada tarikh & msa sepadan dgn tarikh & msa bg pndftrn msk trakhir. Jika a/c bank tjejas, laporkn kpd bank.
Sumber maklumat diatas diperolehi drp Utusan M'sia..
Posted by TELECENTER BACHANG DARAT, MELAKA at 12:51 PM 0 comments