BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 15, 2009

Kursus Pengurusan Operasi Telecentre

Kursus pengurusan operasi telecentre telah diadakan di Lake Garden Resort,Ayer Keroh pada 12 & 13 Oktober 2009 yg lalu..Kursus yg blangsung selama 2 hari ini memberi penekanan kepada pengurusan operasi tc,asas perakaunan & juga pengurusan mesyuarat..





Bergambar bsama2 dgn 'our budget group' kak Fida, Zila, Mira, Matus & Hafiz serta abg maizal (group lain)..










Bergambar beramai2 bersama dgn penceramah pada
hari tersebut Pn. Norita bt. Jantan, Pengurus Besar
IMM..

Wednesday, October 7, 2009

Dugaan Melanda

Akhir2 ni byk sgt dugaan & halangan melanda tc sy ni..mcm2 org dok sibuk nk campur tgn tntng apa yg leh sy buat kt tc ni sedangkn org yg dok sibuk2 tu xde apa2 jwtn sbg jkkk kg. pun & org tu xde pun dtg ke tc nk daftar sbgai ahli.Ish x fham betul la dgn mentality org2 kg ni,dok mgumpat, mgata tntg tc ni tp diri sdri x pnah dtg ke tc ni tgk kdaan tc mcm ne & bertanya pd sy apa yg perlu mereka lakukn utk belajar di sini.

Yg dtg ke sini buat survey lak org suruhan yg mgarahkn sy buat itu & ini.Katanya kna tunggu diorg meeting dulu br di tentukn apa yg perlu sy lakukan di tc ni..Diaorg lak 'lebih sudu dr kuah' yg nk tentukan apa yg perlu sy lakukan utk tc ni!Yg berkuasa pd tc ni ialah pihak UPEN & pihak JKKK pula berhak utk bg pandangan.
Mereka2 ni masih x fhm dgn konsep tc ni tp mereka2 dh 'judge the book by its cover'.

Erm xpe la,sy anggap dugaan & kata2 org ni akan buat sy lebih tabah & mdorong sy lebih kuat utk memajukn tc ni..Hopefully mn2 pengurus yg menghadapi dugaan & halangan yg di lalui oleh sy ni akan tetap bersemangat utk kemajuan tc msg2.Chaiyok2!

Friday, October 2, 2009

Pendaftaran Peserta Pusat Komuniti Telecentre

Bermula pada semalam (1 Oktober 2009), penduduk Bachang & kawasan sekitar mula mendaftar sbgi ahli Pusat Komuniti Telecentre.Yuran pendaftaran di bayar secara beransur-ansur bagi mengelakkan penduduk rasa terbeban kerana kebanyakan pengunjung terdiri daripada golongan remaja & kanak-kanak spt yg di cadangkan oleh pihak JKKK Kg. Bachang Darat.Golongan dewasa sehingga kini masih belum menunjukkan minat utk mendaftar sbg ahli tp perkara ini masih di dlm pbincangan bersama pihak JKKK.Setakat ini,promosi keahlian hanya di maklumkan kpd pengunjung yg bkunjung ke tc & melalui iklan yg di tampal di kawasan sekitar tc.Di harap selepas pelancaran & promosi akan menarik ramai pengunjung utk ke tc ini.

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Buat semua pengurus2 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin..
Tangan di hulur, maaf di pinta andai ada terkasar bahasa tersilap kata..
Semoga hari raya yg bakal menjelma beberapa hr lg ni akan membawa seribu kebahagian buat anda sekeluarga..

Selamat berjuang lepas raya ni k!

Wednesday, September 16, 2009

Pusat Komuniti Telecentre Bachang Darat

Berita baik bagi pengguna Pusat Komuniti Telecentre Bachang Darat (PKTBD).Kini PKTBD menawarkan pembelajaran komputer secara percuma serta diskaun bagi perkhidmatan2 yang ditawarkan di PKTBD.
Anda hanya perlu mendaftar sebagai ahli Pusat Komuniti Telecentre (PKT) dengan yuran serendah RM10.00 bagi orang dewasa dan RM5.00 bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah bagi tempoh selama setahun.

Pendaftaran ahli kini dibuka.Bagi sesiapa yang berminat untuk mendaftar, sila hadirkan diri ke
Balai Raya Bachang Darat, Lorong Hj. Baba, Pasir Puteh, Melaka pada masa dan hari seperti dibawah :

Hari : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Rebutlah peluang yang ditawarkan bagi menikmati pelbagai kelebihan menjadi ahli PKT.

Tuesday, September 8, 2009

Meeting bersama MICTH

Pada hr Khamis ni, Micth akn mgadakan pembentangan promosi utk semua telecenter2..Program ni akn di jalankn pada tarikh dan masa seperti berikut :

Tarikh : 10 September 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 a.m - 12.00 p.m
Tempat : Tingkat 4,
Makmal ICT Bangunan K-Ekonomi

Di harap semua pengurus dapat hadir bg mdengar sessi pembentangan promosi oleh pihak MICTH utk telecenter2 anda..Jmpa di sana..


Monday, September 7, 2009

Pelantikan Jawatan Pengurus Telecenter

7 September 2009 merupakan detik bsejarah bg semua pengurus telecenter kerana menerima perlantikan jwtn sbg pengurus daripada Ketua Menteri Melaka, Y.A.B Datuk Hj Mohd Ali bin Rustam..Seawal jam 7.30 pg kami di minta bkumpul di hdpan blok bendahari dan beratur mgikut turutan nama.Di mulakan dgn nyanyian lagu negaraku, Melaka maju jaya dan bacaan rukun negara.Majlis berakhir pd kira2 pkl 10.30 pg..Dgn penyerahan fail meja tsebut bmakna bmula la tugas2 pengurus utk myediakan report kpd ketua jbtn..Pd semua pengurus2 telecenter, selamat mjalankan tugas..Good Luck to all of you!

Bersama2 kita merapatkn jurang digital antara msykt bandar dan msykt luar bandar..

Tuesday, September 1, 2009

Hari Yang Penuh Dugaan

Hari ini merupakan hari yang penuh dugaan buat sy..Hari 'pembentangan' tikar getah kat tc..haha.Memang susah sebab semuanya sy kena buat sdri,angkat meja pc,mop lantai..memang penat.Tapi sy gagahkan diri buat semua tu seorang diri sampai selesai.Bila dah selesai semua kerja rasa lega sangat sebab apa yang sy usahakan tu berjaya tanpa bantuan sesiapa.

Harap2 dengan perubahan yang baru ini akan memberi keceriaan pada tc Bachang Darat.Walaupun masih ada sebahagian peralatan belum dapat disediakan,namun sy berharap tc Bachang Darat akan tetap ceria..

Kunjungan Pertama

Hari jumaat yang lalu tc Bachang Darat menerima kunjungan pertama daripada pengunjung..Walaupun jumlah pengunjung yang datang cuma beberapa orang je tapi sy rasa xcited..Maklum la,dengan keadaan tc yang masih dalam proses ubah suai dan tanpa signboard serta iklan pastinya orang2 kampung tidak tahu kewujudan telecenter ni.
Harap2 selepas pelancaran nanti makin bertambah la pengunjung ke tc ni. Walaupun keadaan tc ni tidak sebesar tc2 yg lain,sy harap tc ni dapat memberi manfaat kepada penduduk2 Bachang dan kawasan2 sekitar kerana kemudahan cc tidak terdapat di kampung ini..

Bersama2 melahirkan masyarakat yang celik IT dan progresif!

Thursday, August 27, 2009

Fadhilat Bulan Ramadhan

Yang Tersirat Di Sebalik Ramadhan dan Puasa
Berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis, puasa Ramadhan mempunyai banyak kelebihan, hikmat atau fadhilat. Antaranya ialah:

  • Pintu neraka ditutup: Apabila seseorang itu benar-benar berpuasa, zahir dan batin serta puasanya itu menyekat dirinya daripada melakukan maksiat dan kejahatan.
  • Pintu syurga dibuka: Peluang yang besar bagi seseorang melakukan amalan kebajikan yang boleh membawa kejayaan akhirat, menambah ketaqwaan kepada Allah dan setiap amalan kebajikan diberi ganjaran yang banyak.
  • Syaitan dikurung: Apabila seseorang berpuasa, syaitan dan iblis tidak mempunyai peluang untuk menggoda dan menghasut manusia melalui hawa nafsu kerana puasa merupakan perisai yang dapat menangkis sebarang hasutan dari syaitan.
  • Malam Lailatulqadar: Salah satu kelebihan yang Allah berikan untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah malam Lailatulqadar. Ini bererti sesiapa yang beribadat pada malam-malam tersebut digandakan pahala dan ganjaran yang amat tinggi di sisi Allah.

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan

Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga bulan penuh keberkatan ini dapat memberi ketenangan buat kita semua..

Buat renungan semua :

  • Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
  • Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
  • Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Definisi & Matlamat Penubuhan Telecenter

Apa itu Telecenter?

  • Telecenter merupakan tempat awam di mana masyarakat boleh mengakses komputer, internet & kemudahan teknologi digital yang lain seperti masyarakat boleh mendapatkan informasi-informasi yang mereka kehendaki, merangka, belajar & berkomunikasi dengan yang lain serta membina kemahiran digital khususnya mengenai komputer.

Matlamat Penubuhan Telecenter :

  1. Menjelaskan peranan telecenter di dalam konteks rangka strategik bagi merapatkan jurang digital.
  2. Berkongsi pengalaman & pengetahuan di dalam aspek pembelajaran ICT di kalangan masyarakat desa.
  3. Mencadangkan peranan yang harus dimainkan oleh pengurus telecenter di dalam membimbing pembelajaran ICT di kalangan masyarakat desa.
  4. Memberikan kaedah pengendalian modul-modul utama latihan ICT & sumber-sumber yang bersesuaian.

Monday, August 17, 2009

Pusat Telecenter Bachang Darat, Melaka..

Selamat datang..



Pusat Telecenter kini akan mula beroperasi di kawasan anda..Program ini di bawah kelolaan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).



Penubuhan telecenter ini selaras dengan matlamat kerajaan Negeri Melaka untuk melahirkan rakyat yang celik IT serta mencapai taraf Melaka maju menjelang tahun 2010.



Telecenter ini terbuka kepada penduduk di sekitar Bachang, Melaka dan penduduk-penduduk berdekatan dengan pusat telecenter ini.



Kedatangan anda ke telecenter ini adalah amat di alu-alukan.



Untuk keterangan lanjut, anda boleh menghubungi Pengurus Telecenter Bachang Darat, Cik Nuzul Azmirah bt. Mahazir (Mira) di talian : 0126100201



Bersama-sama kita melahirkan masyarakat yang progresif serta celik IT!